PENGENALAN
Falsafah menetapkan matlamat bahawa pendidikan merupakan proses dan
pengisiannya adalah kurikulum. Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang
meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya. Perkataan kurikulum sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu
“curriculum”. Menurut pandangan, Taba H pada tahun 1962 menjelaskan bahawa
semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut, iaitu Pernyataan
tujuan dan objektif yang spesifik.Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. Pola
pengajaran dan pembelajaran dan penilaian hasil pembelajaran. John Dewey Pada
tahun 1902, halaman 5 dalam bukunya 'The Child and The Curriculum' merujuk
istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil kirakandungan
dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum menekankan kepentingan
dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam
bukunya 'Democracy and Education' . Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum
harus mengambilkira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah
komuniti, ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang
dilalui supaya masadepan akan menjadi lebih baik dari masa lampau.
Objektif sesuatu kurikulum digubal
berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan
berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling
berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang
sesuatu pengajaran. Strategi dan kaedah
yang digunakan merupakan komponen
ketiga dalam pengembangan kurikulum. Komponen ini merupakan komponen yang
memiliki peranan yang sangat penting ,sebab berhubungan dengan implementasi
kurikulum. Bagaimana bagus dan idealnya tujuan yang harus dicapai tanpa
strategi yang tepat unutk mencapainya , maka tujuan itu tidak mungkin dapat
dicapai. Strategi meliputi rencana , kaedah dan peringkat kegiatan haruslah
tepat untuk mencapainya.
Justeru, dalam mengintergrasikan konsep kurikulum
Lansing, Efland, Mc Fee Degee yakni Budaya dan Discpline Based Art Education
dalam satu penulisan kritis dan ilmiah bagi menjelaskan kesepaduan
konsep-konsep kurikulum ini di dalam kurikulum PSV Malaysia model Tyler merupakan satu model dalam
pendekatan teknikal saintifik yang terbaik diguna pakai dalam mengintegrasikan
kesepaduan konsep-konsep kurikulum . Buku
yang bertajuk Basis Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan
oleh beliau pada tahun 1949 telah menggariskan rasional bagi menyelidik
masalah-masalah kurikulum dan pengajaran.
Tyler menegaskan bahawa mereka yang
terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya berusaha mendefinisikan , tujuan
sekolah, pengalaman pendidikan yang berkait dengan tujuan sekolah. Organisasi
pengalaman tersebut dan penilaian ke atas tujuan sekolah. Tujuan Sekolah
membawa maksud objektif umum ini
dengan mengumpul data daripada tiga sumber
iaitu mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah data berikut telah
dikumpul dan setelah dapat mengenalpasti objektif umum ini,perancang kurikulum
itu seharusnya memperincikannya dengan membuat saringan melalui dua tapisan
iaitu falsafah sekolah berkenaan dan
psikologi pembelajaran. Jadi, apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan
itu ialah objektif pengajaran yang khusus.
Seterusnya Tyler membincangkan bagaimana
untuk memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif pengajaran
tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampau
dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yang
dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih berdasarkan pandangan
berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan insan.
Berhubung tentang organisasi dan urutan
pengalaman pula, Tyler mendakwa bahawa tertib atau aturan pengalaman itu
seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum.
Beliau menyatakan bahawa unsur penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan
kemahiran seharusnya disulam sebagai benang di dalam struktur kurikulum. Unsur-unsur utama seharusnya
bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan unsur tadi
seharusnya dapat mengaitkan pengalaman dan pembelajaran yang berlainan dalam
subjek yang berlainan. Prinsip Tyler yan terakhir mengambil kira proses menilai
keberkesanan proses perancangan dan perlaksanaan kurikulum. Penilaian adalah
penting untuk perkembangan kurikulum mengikut pendapat Tyler. Penilaian menjadi
panduan sama ada program itu harus dikekalkan atau diperbaiki.
Oleh itu model Tyler ini berupaya
menterjemahkan integrasi kesepaduan konsep-konsep kurikulum ini di dalam kurikulum PSV
Malaysia. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah
dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas
usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi
Kurikulum dan Kandungan.
Discipline-based
Art Education (DBAE) merupakan rangka konsep dan pendekatan ke arah menstrukturkan
pembelajaran seni agar lebih teratur dan sistematik yang kerana itu akan
memudahkan pemahaman terhadap pendidikan seni. Rangka konsep ini diasaskan dan
dikembangkan oleh Getty Center pada awal 1980an. Terdapat empat teras
utama Discipline-based Art
Education ialah Produk Seni. kemahiran dan teknik untuk
menghasilkan karya seni. Karya seni sebagaimana kita maklum, dinilai dan
diteliti bukan cuma ketika sebuah karya sudah siap tetapi juga bagaimana proses
ia dihasilkan. Kedua, sejarah seni. Seni berkembang sejak sekian lama dan
terbentuk melalui pelbagai peradaban, kepercayaan, teknologi, budaya, dan
ideologi yang turut menghasilkan pelbagai aliran. Perkembangan ini tidak akan
berhenti cuma di sini. Ia akan terus
berkembang seiring dengan pemikiran manusia. Sejak penemuan karya-karya seni
gua zaman pra sejarah di Perancis sehingga ke
pertembungan budaya timur barat hingga ke era teknologi menciptakan
kepelbagaian dalam karya, sudut pemikiran dan pengaruh. Perlu dikaji pencapaian
artistik masa lalu dan hadir sebagai motivasi, idola, gaya atau teknik, dan perbincangan topik,
terutama dalam kaitannya dengan budaya, politik, sosial, agama, dan ekonomi
peristiwa dan gerakan. Ketiga ,
Seni Kritik . Pelajar menggambarkan, menginterpretasikan, menilai,
teori dan sifat serta kualiti dari bentuk visual, untuk tujuan memahami dan
menghargai karya seni dan pemahaman peranan seni dalam masyarakat dan akhir
sekali estetika iaitu penilaian sifat,
makna, kesan dan nilai seni.
Seterusnya, konsep Kenneth M. Lansing, yang juga merupakan penulis yang banyak menghuraikan
pandangan yang berhubung dengan pembinaan kurikulum Pendidikan Seni.
Pandangannya ini ditulis dalam buku yang bertajuk Art, Artist and Art Education pada tahun 1971. Menerusi buku Art, Artist
and Art Education oleh Knneth M. Lansing, ia menghuraikan tentang pembinaan
kurikulum Pendidikan Seni yang meliputi matlamat am, matlamat khusus, objektif
serta pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh pembuat dan perancang
kurikulum. Matlamat umum Langsing boleh
dibahagikan kepada dua iaitu untuk menghasilkan
penggiat seni dan penghayat seni yang berpengetahuan serta mempunyai
kemahiran untuk menginterpritasikan dan menilai serta berkemampuan untuk
mentafsir dan berkomunikasi tentang
pengertian pengalaman menerusi hasilan tampak dalam kehidupan. Kandungan seni amat luas. Bagi yang berbakat
dan berkeupayaan menguasai bidang-bidang tertentu akan menjadi seorang penggiat
seni sementara yang lainnya masih boleh melibatkan diri iaitu sebagai penghayat
seni atau lebih dikenali sebagai pemerhati.
Rajah 1.0 : Domain kognitif
Seterusnya , Knneth M. Lansing juga menjelaskan perkaitan
matlamatnya dengan aspek perkembangan afektif. Domain afektif ini adalah
berkaitan dengan struktur sikap. Ia merupakan luahan emosi, perasaan, etika dan
nilai dalam diri individu yang disokong oleh diri, keluarga, masyarakat dan
persekitarannya. Dan empat sikap yang seharusnya ada adalah seperti di bawah.
Rajah 1.2 Domain Afektif
Rajah 1.3 Domain Psikomotor
Knneth M. Lansing
juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan Psikomotor. Domain
psikomotor ini merupakan struktur pergerakan dan kemahiran yang perlu dikuasai.
Beliau ada juga menyatakan bahawa seni hanya dapat ditakrifkan
sekiranya kita peka dengan apa yang kita lakukan dalam kelas.
Berdasarkan kesemua domain
diatas, pelajar bukan sahaja mempunyai
tahap intelektual yang tinggi bahkan, mereka mempunyai minat, sikap, penghargaan nilai dan tahap
emosi yang diingini pelajar. Untuk itu, potensi semulajadi pelajar dapat
dikembangkan dengan menekankan struktur ilmu yang dilihat melalui tiga domain
utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran ini perlu dilaksanakan
secara berterusan berpandukan garis panduan yang ditetapkan dan huraian kesemua
domain tersebut akan dijustifikasikan untuk memperlihatkan kesesuaiannya dengan
Kurikulum Pendidikan Seni di negara kita.
Pengalaman seni
dalam pendidikan boleh melibatkan
kesedaran kinestatik yang mendalam , kepintaran menggunakan tubuh badan dan
penajaman persepsi sebagai pengalaman estetik. Aktiviti yang berbentuk
pengalaman ini akan memberi peluang kepada
pelajar untuk menyelesaikan masalah.
Penulis: Nur Afifah binti Abdul wahidi
Rujukan penulisan : Dr Haji Ibrahim
: Puan Jamilah Omar
: Encik Hassan Ghazali
Sumber: Internet ( hal berkaitan Kurikulum Pendidikan seni )
: Falsafah pendidikan Seni
: teori-teori pembelajaran/pendidikan
please give ur respon after visit my blog =)
ReplyDelete