PENGENALAN
Pada
era ini, bersesuaian dengan pembangunan negara menuju ke arah millennium,
sesungguhnya kita sebagai masyarakat Malaysia perlu menghayati pembangunan dan
kemodenan yang telah dan bakal dikecapi oleh negara. Tidak dinafikan penggunaan barangan logam di
dalam seni hiasan telah wujud sejak zaman dahulu lagi, dimana ia boleh
dikatakan telah wujud semenjak kewujudan Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,
dan jika diundur lebih ke belakang, penggunaan barangan logam ini telah lama
wujud di dunia Eropah semenjak zaman berzaman yang lalu. Namun begitu
penggunaan barangan logam ini tidak pemah pupus malah haii berganti hari
kegunaannya menjadi lebih efektif dan pelbagai design terbaru telah dihasilkan
oleh perekapereka muda kini.
KENALI TOKOH LOGAM....
Tuan Haji Ab. Manan bin Haji Yakub atau lebih dikenali sebagai Pok Teh
adalah anak jati Kampung Sireh Kota Bharu, Kelantan yang merupakan kawasan
utama pertukangan perak sejak dahulu lagi. Pok Teh yang dilahirkan pada 10 Jun
1944, mula didedahkan dengan kerja-kerja pertukangan perak ketika berusia
seawal 7 tahun. bapanya, Haji Yakub bin Mohamad yang merupakan seorang tukang perak mahir menghasilkan
barangan kraf perak untuk pegawai-pegawai Inggeris selain menerima tempahan
dari istana. Bermula seawal usia 14 tahun (pada tahun 1958), Pok Teh mula
serius mendalami kemahiran pertukangan perak daripada bapanya. Pok Teh mendapat
pendidikan tertinggi di Sekolah Menengah Padang Garong Kota Bharu, Kelantan.
Berbekalkan kesedaran, minat dan semangat yang tinggi bahawa kraf perak
tradisional perlu dipertahankan, Pok Teh giat mengusahakan seni pertukangan
perak melalui beberapa agensi dan pertubuhan seperti Kelantan Malay Arts,
Koperasi Kampung Morak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan
muzium-muzium.
Selain aktif mengusahakan perusahaannya,
Kreativiti dan Inovasi Kemahiran Pok Teh menghasilkan barangan perak
kasar (wares) dan perhiasan diri (jewellery) melalui pelbagai teknik
seperti tuangan menggunakan tulang sotong (casting), pintalan dawai
perak (filigree), pahat (chasing) dan pelbagai teknik lain melayakkan
beliau dilantik sebagai Tukang Kraf Istana Kelantan. Antara koleksi barangan
perak karya milik Istana Kelantan yang Pok Teh telah hasilkan ialah Payung Adat
Istiadat, Kepala Logo Kenderaan Istana dan Cokmar Diraja. Selain itu, Pok
Teh juga turut mendapat tempahan membuat cokmar dari Institut Pengajian Tinggi
dan Dewan Undangan Negeri. Daya kreativiti Pok Teh terserlah melalui
kebijaksanaan beliau dalam memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif
flora kemudian disesuaikan dengan bentuk produk kraf yang dihasilkan mengikut
kehendak dan cita rasa pelanggan. Pok Teh juga telah menggubah beberapa reka
corak dengan menggunakan motif-motif seperti pucuk rebung, daun jawa dan tapak
lembing dalam penghasilan barangan perak kasar dan perhiasan diri.
DEFINISI LOGAM
Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia
untuk membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam
biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang
dikelilingi awan-awan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga
kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang
lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis
pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam
dan bukan logam .
Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang
stabil, dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida
pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah
bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali
bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua
kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam
peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi,
tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan
emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam
membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi
selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan
dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium,
sesetengah keluli, dan titanium). Oksida-oksida logam adalah bersifat
bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat asid).
Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik
untuk mencegah kakisan.
Sifat-sifat Fizikal logam
Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu.
Ia biasanya berkilau, mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur
dan mudah ditempa, biasanya mempunyai titik lebur yang tinggi,
biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan haba. Akan tetapi
ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai ketumpatan rendah,
lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita jarang
sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya. Logam
mengalirkan bunyi dengan sangat baik.
JENIS-JENIS LOGAM
1.Aluminium
Alumunium adalah logam dengan warna putih
keperak-perakan yang memiliki sifat sangat ringan dan tahan terhadap korosi
(karat). Logam ini berasal dari bijihnya, bauksit, dengan proses elektrolisis.
Alumunium digunakan dalam kabel-kabel listrik lintas udara, pesawat terbang,
kapal, mobil, kaleg minuman, dan foil dapur (pembungkus makanan).
2.Baja
Baja merupakan salah satu aloi yang sangat
sering kita dengar dan kita jumpai namanya. Baja memiliki perang yang sangat
penting dalam kehidupan manusia, kenapa demikian? Karena Baja merupakan aloi
besi dan karbon yang merupakan satu dari sedikit bahan terpenting dalam
industri, seperti yang kita ketahui, bisang industri ini mempengaruhi dunia
secara global. Baja memiliki sifat tahan karat, dan kegunaanya yang sangat
penting adalah untuk bidang industri ruang angkasa.
3.Besi
Besi merupakan logam yang memiliki warna
abu-abu keputih-putihan. Logam ini dihasilkan
terutama dari peleburan biji hematit dalam tanur sembur. Kegunaanya
adalah dipakai untuk bangunan dan bidang teknik, juga dapat dimanfaatkan untuk
membuat aloi baja.
4.Emas
Unsur logam emas memiliki warna kuning terang
yang digunakan untuk perhiasan dan alat-alat elektronik. Tentunya emas tidak
mudah didapat di pasaran, kerana memiliki harga yang sangat tinggi dan terus
meningkat.
5.Kalium
Kalium adalah logam ringan dengan warna
keperakan, juga memiliki sifat sangat reaktif. Senyawa-senyawa kalium digunakan
dalam pupuk kimia dan untuk pembuatan kaca.
6.Kalsium
Logam ini memiliki putih keperak-perakan,
sifatnya yang mudah dibentuk sesuai dengan tempat ditemukannya, yaitu di dalam
batu kapur dan kapur. Dalam makhluk hidup juga terdapat logam yang satu ini,
salah satunya di tulang gigi hewan. Pemanfaatan logam ini biasanya untuk
membuat semen dan baja kualitas tinggi.
7.Kuningan
Kuningan merupakan sebuah aloi yang terbuat
dari tembaga dan seng. Pemanfaatanya sangat banyak terjadi di bumi ini, yaitu
untuk, barang-barang hiasan, sekrup, alat-alat musik, dan paku-paku kecil.
8.Kupronikel
Merupakan aloi yang terbuat dari tembaga dan
nikel yang digunakan untuk membuat wang logam berwarna perak.
9.Kromium
Kromium adalah logam yang memiliki warna
abu-abu, dan mempunyai sifat yang keras. Sering digunakan untuk membuat baja
tahan karat dan melapisi logam-logam lain untuk melindunginya dan memberi
penampikan mengkilap yang memantul.
10.Magnesium
10.Magnesium
Logam yang ringan berwarna perak
keputih-putihan yang bila terbakar menghasilkan nyala api putih terang, logam
ini digunakan dalam suar penyelamatan dan kembang api dalam aloi-aloi ringan.
11.Natrium
Natrium merupakan sebuah logam yang sangat
reaktif. Memiliki sifat lunak dan berwarna putih keperakan logam ini terdapat
dalam garam dapur dan digunakan untuk lampu jalanan dan dalam industri kimia.
12.Perak
Perak adalah suatu logam yang mudah dibentuk,
berwarna putih abu-abu yang merupakan konduktor panas dan listrik yang sangat
baik. Logam ini digunakan untuk membuat perhiasan, peralatan perak ,dan filem
fotografi.
13.Perunggu
Merupakan sebuah aloi dari tembaga dan timah
yang dikenal sejak jaman kuno. Aloi ini memilii sifat tahan korosi dan mudah
dibentuk. Dibanyak negara perunggu dimanfaatkan untuk membuat wang logam yang
bernilai rendah.
14.Platina
Logam berwarna putih keperakan, yang mudah
dibentuk, digunakan untuk membuat perhiasan, barang elektronik, dan sebagai
katalisator.
15.Plutonium
Logam radioaktif yang dihasilkan dengan cara
membombardir uranium dalam reaktor nuklear dan digunakan dalam senjata nuklear.
16.Raksa
Raksa merupakan logam berbentuk cairan yang
berat. Logam cair ini memiliki warna putih keperakan , dan juga beracun.
Digunakan dalam termometer, tapal gigi dan digunakan dalam beberapa bahan
peledak.
17.Seng
Suatu logam putih kebiruan yang diambil dari
mineral seng blende (sfarelit). Logam ini digunakan untuk melapisi besi agar
tidak berkarat (disebut galvanisasi). Logam ini juga digunakan di
baterai-baterai listrik tertentu dan dalam aloi-aloi seperti kuningan.
18.Solder
Suat aloi dari timah dan timbal yang memiliki
titik lebur yang rendah dan digunakan untuk menyambungkan kabel-kabel dalam
barang-barang elektronik.
19.Tembaga
Logam yang mudah dibentuk, berwarna
kemerah-merahan yang digunakan untuk emmbuat kabel listrik, tangki air panas,
dan aloi kuningan, perunggu, dan kupronikel.
20.Timah
Suatu logam yang lunak, mudah dibentuk,
berwarna putih keperakan. Logam ini digunakan untuk menyepuh baja, guna
menghentikan korosi dan dalam aloi perunggu, pewter (logam campuran timah dan
timbal), dan solder.
21.Timbal
Logam berat berwarna biru keputih-putihan
,mudah dibentuk dan beracaun, diambil dari mineral galena dan digunakan dalam
baterai, atap, dan perisai radiasi dari sinar X.
22.Titanium
Suatu logam yang kuat, berwarna putih, dan
mudah dibentuk. Logam ini sangat tahan terhadap
korosi dan digunakan untuk aloi-aloi dalam pesawat luar angkasa, pesawat
terbang, dan kerangka sepeda.
23.Uranium
Suatu logam putih keperakan, radioaktif yang
digunakan sebagai sumber tenaga nuklear dan juga senjata nuklear.
24.Vanadium
Suatu logam yang keras, putih beracun, yang
digunakan untuk meningkatkan kekerasan aloi-aloi baja.
25.Wolfram
Suatu logam yang keras, berwarna abu-abu
keputihan. Logam ini digunakan dalam filamen lampu, dalam barang-barang
elektronik, dan dalam aloi-aloi baja untuk
membuat alat-alat pemotong bertepi tajam.
No comments:
Post a Comment