Powered By Blogger

Saturday 4 November 2017

SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL




PENGENALAN

1. Sejarah seni lukis moden di Malaysia

    bermula pada tahun 1930-an.
2. Pada ketika itu, aliran dari Barat dan China  
    banyak mempengaruhi catan pada ketika  

    itu.

3. Aktiviti menggambar atau melukis di negara

     ini bermula sejak negara mula dijajah oleh

     kuasa Barat terutama British.

4. Pada tahun 1718, Pulau Pinang dapat

    ditakluki oleh British, aliran budaya melukis

    Eropah mula dibawa masuk. Pada peringkat

    awal, pelukis-pelukis ini hanya melukis

    rakaman landskap yang terdapat di sekitar

    Pulau Pinang.

5. Mata pelajaran Seni Lukis mula

    diperkenalkan kepada penduduk tempatan

    dan akhirnya pengaruh lukisan Barat

    menular kepada penduduk tempatan.




PERKEMBANGAN SENI VISUAL MALAYSIA 


1. PENANG IMPRESIONIS

v  ditubuhkan pada tahun 1928 oleh pelukis Eropah yang menetap di Pulau Pinang.

v  ahli nya terdiri daripada isteri pegawai-pegawai kanan orang Inggeris. hanya 2 orang tempatan sahaja yang menggotai kumpulan ini.

v  mereka adalah Pn Lim Cheng Kung ( isteri jutawan Cina) dan Abdullah Arif ( guru Seni Lukis yang mahir melukis cat air).


2. KELAB SENI LUKIS CINA PULAU PINANG

v  kelab ini ditubuhkan pada tahun 1936.

v  penubuhan kelab ini adalah untuk mengumpul pelukis-pelukis kaum Cina dan mendedahkan teknik-teknik baru dalam seni Lukis.

v  kumpulan ini pernah bekerjasama dengan kumpulan Impresionis dalam 1 pameran.


3. KUMPULAN SENI LUKIS GURU-GURU PULAU PINANG

v  kumpulan ini merupakan kumpulan dalam kalangan guru-guru Seni Lukis yang ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan pelajaran Pulau Pinang.

v  Kumpulan ini diketuai oleh Tay Hooi Keat


4. MAJLIS GURU-GURU PENDIDIKAN SENI Pulau Pinang

v  Ditubuhkan pada tahun 1952 sebaik sahaja Tay Hooi Keat pulang daripada London.

v  Ahlinya terdiri daripada guru-guru Pendidikan Seni di sekitar Pulau Pinang.

v  Beliau memperkenalkan konsep bentuk,  warna, jalinan dan rupa dalam lukisan. 


5. MAJLIS KESENIAN PULAU PINANG DAN PROVINCE WELLESLY

v  Majlis ini ditubuhkan pada tahun 1953 oleh En I.K Cheah (seorang peguam)

v  Ahlinya termasuklah guru-guru pendidikan Seni Pulau Pinang

v  Antara aktiviti kumpulan ini adalah pameran Seni Lukis


6. PERSATUAN SENI LUKIS Pulau Pinang

v  Semangat pelukis-pelukis untuk berkumpulan telah mula apabila tamatnya peperangan.

v  Persatuan ini ditubuhkan pada pada tahun 28 April 1954

v  Objektif kumpulan ini adalah untuk menggalakkan pelukis muda mempamerkan karya dan mengadakan pertandingan seni lukis untuk kanak-kanak



KUMPULAN PELUKIS HARI RABU (THE WEDNESDAY ART GROUP)

v  Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan yang telah melahirkan ramai pelukis-pelukis terkenal

v  Penubuhan kumpulan ini ditubuhkan setelah Peter Harris (pegawai pendidikan yang bertugas sebagai pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran) merasakan perlunya pelukis-pelukis berbincang dan berkumpul untuk mengadakan latihan melukis.

v  Kedatangan beliau pada tahun 1951 telah membuka era baru dalam perkembangan Seni Lukis di Kuala Lumpur.

v  Nama kumpulan ini dikaitkan dengan perjumpaan ahli kumpulan pada hari Rabu dan dan Sabtu.

v  Peter Harris telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1952 dan seterusnya memberi galakan kepada pelukis Kuala Lumpur kerana pada masa itu kegiatan melukis banyak tertumpu di Pulau Pinang dan Singapura sahaja.



MAJLIS KESENIAN MALAYA ( THE ART COUNCIL MALAYA)

v  Pembentukan Majlis Kesenian Malaya pada 15 April 1952 telah menambahkan lagi keghairahan dan harapan terhadap pembangunan seni menjelang kemerdekaan Tanah Melayu

v  Pengasas Majlis Kesenian ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas

v  Objektif penubuhannya adalah :-

a) bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa

b) menjaga seni dan pertukangan tangan tempatan

c) menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan , kefahaman dan amalan seni secara meluas di Tanah Melayu.



7. PERSATUAN SENI LUKIS Selangor (Selangor ART SOCIETY)

v  Persatuan ini didaftarkan pada tahun 1954 di KL

v  Organisasi awal ini dipelopori oleh Yong Peng Seng (presiden) Stephen Wren ( setiasusaha) 

v  Persatuan ini terkubur sekitar tahun 1960


8. MAJLIS KESENIAN MELAYU

v  Ditubuhkan pada 1956 untuk menyatupadukan penggiat  dan seniman di kalangan orang Melayu dalam bidang muzik, seni lukis, drama dan lain-lain

v  Pengerusinya adalah Mohd Hoessein Enas. penaungnya majlis ini adalah Y.T.M Tungku Abdul Rahman Putera Al Haj selaku Perdana Menteri Malaya pada ketika itu.

v  Majlis ini terpaksa dibubarkan kerana ahli-ahli lain lebih berminat menumpukan dalam bidang seni Lukis. majlis ini dibubarkan dan diganti dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS).



9. ANGKATAN PELUKIS SEMENANJUNG / SE-MALAYSIA (APS)

v  Angakatan pelukis ini ditubuhkan pada 15 april 1958

v  Pengasasnya adalah Mohamad Hoessein Enas dan setiausahanya adalah Idris Salam.

v  Objektif penubuhan nya adalah :-

a) menyatupadukan peminat-peminat seni lukis di Malaysia

b) mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan.

c) memelihara dan memperjuangkan seni kebangsaan

d)bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian

v  Pada tahun 1959, kelas melukis potret telah diadakan di bangunan PBMS (berhampiran dengan Chow Kit Road)

v  Pada tahun 1964, Mazli Mat Som dilantik untuk menggantikan Mohamad Hoessein Enas sebagai presiden


10. THURSDAY ART GROUP (TGA)

v  TGA ini ditubuhkan setelah melihat kejayaan Wednesday Art Group yang dapat menyatupadukan pelukis-pelukis Kuala Lumpur

v  Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957.

v  Kumpulan ini diketuai oleh Tay Hooi Keat seoran guru yang mendapat pendidikan seni di London

v  Gaya lukisan kumpulan ini banyak dipengaruhi oleh gaya impresionis, post impresionis, ekspresionis, abstrak eskpresionis







TOKOH SENI HALUS


1. TAY HOOI KEAT

Tay Hooi Keat adalah seorang pelukis yang sentiasa memperjuangkan dunia seni lukis. Dilahirkan pada tahun 1910 di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau adalah anak Malaysia pertama yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Seni Visual diperingkat diploma di London pada tahun 1951. Beliau juga bergerak cergas sebagai pengiat seni visual dalam persatuan dan bergerak aktif hingga beliau merancang membuka kelas seni lukis secara terbuka. Antara karya beliau adalah Plantscape (1961) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)


2. PETER HARRIS

Peter Harris dilahirkan pada tahun 1923 di United Kingdom. Dalam tahun 1951 beliau menjawat  jawatan sebagai nazir seni lukis Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. Seorang yang berminat dalam seni lukis hingga beliau menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Pertemuan pelukis diadakan pada setiap hari Rabu. Contoh karya beliau adalah Rumah Rakit Kuala Lipis (1960) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)


3. CHUA THEAN TENG

Chua Thean Teng dilahirkan di negara China pada tahun 1944 dan seterusnya merantau di Malaysia dan menjadi warga negara Malaysia. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Seni Lukis Amoy China. Beliau banyak melukis catan menggunakan teknik batik. Contoh karya beliau adalah Musim Buah (1968) ( koleksi Balai Seni Visual Negara)


4. PATRICK NG KAH ONN

Dilahirkan di Muar Johor pada  tahun 1929. Beliau menerima pendidikan seni secara formal di England dan Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menjawat jawatan pensyarah dan pengetua di Maktab Perguruan Ilmu Khas Ceras. Kemudian menjawat jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara. Selain daripada arca, beliau juga terkenal sebagai pelukis yang terpengaruh aliran abstrak ekspresionis. Contoh karya menjemur kain (1961) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)


5. ABDUL LATIFF MOHIDIN

Dilahirkan di seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1941. Menerima pendidikan di Academy of Fine Art, Berlin, Pratt Graphic, New York dan Atelier 17, Paris. Berkebolehan dalam bidang kesusasteraan seperti bersajak. Beliau adalah pengasas Kumpulan Anak Alam. Contoh karya beliau adalah pago-pago, (1964) Pemandangan ( 1968) (Koleksi Balai Seni Visual Negara) 


6. ABDULLAH ARIF

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1904. Beliau seorang seniman dan merupakan seorang guru seni di Anglo Chinese School Penang. Diiktiraf sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia. Beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai kartunis untuk Starits Echo. Pada tahun 1955, ia menjawat jawatan sebagai anggota dewan bandar dan mendirikan Badan Ariff Iklan. Contoh karya beliau adalah Bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya (1960) ( Balai Seni Visual Negara)


7. MOHD HOESSEIN ENAS
Dilahirkan di Bogor Jawa Indonesia pada tahun 1924 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947. Beliau tidak pernah mengikuti kursus secara formal di mana mana institusi seni. Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura potret yang berlatarkan budaya tempatan. Antara karya beliau adalah Self Potrait (1958), Gadis

Menumbuk Padi (1959) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)





                                Rujukan ANDA dimasa akan datang!

 




Friday 3 November 2017

Kurikulum Pendidikan Seni



PENGENALAN


     Falsafah menetapkan matlamat  bahawa pendidikan merupakan proses dan pengisiannya adalah kurikulum. Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya. Perkataan kurikulum sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu “curriculum”. Menurut pandangan, Taba H pada tahun 1962 menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut,  iaitu  Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik.Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. Pola pengajaran dan pembelajaran dan penilaian hasil pembelajaran. John Dewey Pada tahun 1902, halaman 5 dalam bukunya 'The Child and The Curriculum' merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil kirakandungan dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' . Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambilkira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti, ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masadepan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. 


     Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran. Strategi dan kaedah  yang digunakan  merupakan komponen ketiga dalam pengembangan kurikulum. Komponen ini merupakan komponen yang memiliki peranan yang sangat penting ,sebab berhubungan dengan implementasi kurikulum. Bagaimana bagus dan idealnya tujuan yang harus dicapai tanpa strategi yang tepat unutk mencapainya , maka tujuan itu tidak mungkin dapat dicapai. Strategi meliputi rencana , kaedah dan peringkat kegiatan haruslah tepat untuk mencapainya. 


      Justeru, dalam mengintergrasikan konsep kurikulum Lansing, Efland, Mc Fee Degee yakni Budaya dan Discpline Based Art Education dalam satu penulisan kritis dan ilmiah bagi menjelaskan kesepaduan konsep-konsep kurikulum ini di dalam kurikulum PSV Malaysia  model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal saintifik yang terbaik diguna pakai dalam mengintegrasikan kesepaduan  konsep-konsep kurikulum . Buku yang bertajuk Basis Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan oleh beliau pada tahun 1949 telah menggariskan rasional bagi menyelidik masalah-masalah kurikulum dan pengajaran.


     Tyler menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam kurikulum inkuiri seharusnya berusaha mendefinisikan , tujuan sekolah, pengalaman pendidikan yang berkait dengan tujuan sekolah. Organisasi pengalaman tersebut dan penilaian ke atas tujuan sekolah. Tujuan  Sekolah  membawa maksud objektif  umum ini dengan mengumpul data daripada tiga sumber  iaitu mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah data berikut telah dikumpul dan setelah dapat mengenalpasti objektif umum ini,perancang kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan membuat saringan melalui dua tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan  dan psikologi pembelajaran. Jadi, apa yang terhasil daripada saringan atau tapisan itu ialah objektif pengajaran yang khusus. 



      Seterusnya Tyler membincangkan bagaimana untuk memilih pengalaman pembelajaran yang memungkinkan objektif pengajaran tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yang dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih berdasarkan pandangan berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan insan. 


     Berhubung tentang organisasi dan urutan pengalaman pula, Tyler mendakwa bahawa tertib atau aturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Beliau menyatakan bahawa unsur penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya disulam sebagai benang di dalam struktur  kurikulum. Unsur-unsur utama seharusnya bertindak sebagai pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan unsur tadi seharusnya dapat mengaitkan pengalaman dan pembelajaran yang berlainan dalam subjek yang berlainan. Prinsip Tyler yan terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan proses perancangan dan perlaksanaan kurikulum. Penilaian adalah penting untuk perkembangan kurikulum mengikut pendapat Tyler. Penilaian menjadi panduan sama ada program itu harus dikekalkan atau diperbaiki.


    Oleh itu model Tyler ini berupaya menterjemahkan  integrasi kesepaduan konsep-konsep kurikulum ini di dalam kurikulum PSV Malaysia. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. 


         Discipline-based Art Education (DBAE) merupakan rangka konsep dan pendekatan ke arah menstrukturkan pembelajaran seni agar lebih teratur dan sistematik yang kerana itu akan memudahkan pemahaman terhadap pendidikan seni. Rangka konsep ini diasaskan dan dikembangkan oleh Getty Center pada awal 1980an. Terdapat empat teras utama  Discipline-based Art Education  ialah  Produk Seni. kemahiran dan teknik untuk menghasilkan karya seni. Karya seni sebagaimana kita maklum, dinilai dan diteliti bukan cuma ketika sebuah karya sudah siap tetapi juga bagaimana proses ia dihasilkan. Kedua, sejarah seni. Seni berkembang sejak sekian lama dan terbentuk melalui pelbagai peradaban, kepercayaan, teknologi, budaya, dan ideologi yang turut menghasilkan pelbagai aliran. Perkembangan ini tidak akan berhenti cuma di sini. Ia akan  terus berkembang seiring dengan pemikiran manusia. Sejak penemuan karya-karya seni gua zaman pra sejarah di Perancis sehingga ke  pertembungan budaya timur barat hingga ke era teknologi menciptakan kepelbagaian dalam karya, sudut pemikiran dan pengaruh. Perlu dikaji pencapaian artistik masa lalu dan hadir sebagai motivasi, idola,  gaya atau teknik, dan perbincangan topik, terutama dalam kaitannya dengan budaya, politik, sosial, agama, dan ekonomi peristiwa dan gerakan.  Ketiga , Seni Kritik . Pelajar menggambarkan, menginterpretasikan, menilai, teori dan sifat serta kualiti dari bentuk visual, untuk tujuan memahami dan menghargai karya seni dan pemahaman peranan seni dalam masyarakat dan akhir sekali  estetika iaitu penilaian sifat, makna, kesan dan nilai seni. 



       Seterusnya, konsep Kenneth M. Lansing,  yang juga  merupakan penulis yang banyak menghuraikan pandangan yang berhubung dengan pembinaan kurikulum Pendidikan Seni. Pandangannya ini ditulis dalam buku yang bertajuk  Art, Artist and Art Education  pada tahun 1971. Menerusi buku Art, Artist and Art Education oleh Knneth M. Lansing, ia menghuraikan tentang pembinaan kurikulum Pendidikan Seni yang meliputi matlamat am, matlamat khusus, objektif serta pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh pembuat dan perancang kurikulum. Matlamat umum Langsing  boleh dibahagikan kepada dua iaitu untuk menghasilkan  penggiat seni dan penghayat seni yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran untuk menginterpritasikan dan menilai serta berkemampuan untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang  pengertian pengalaman menerusi hasilan tampak dalam kehidupan.  Kandungan seni amat luas. Bagi yang berbakat dan berkeupayaan menguasai bidang-bidang tertentu akan menjadi seorang penggiat seni sementara yang lainnya masih boleh melibatkan diri iaitu sebagai penghayat seni atau lebih dikenali sebagai pemerhati.


     Matlamat khususnya pula menjelaskan bahawa ia dapat mempertingkatkan pengetahuan seni seseorang itu, mempertingkatkan kesedaran dan sikap terhadap seni serta memperkembangkan potensi dalam berkarya. Knneth M. Lansing juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga matlamat ini dinyatakan sebagai struktur pengetahuan seni. Struktur Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni.  Dalam aspek pembentukan kurikulum, Knneth M. Lansing memberikan tumpuan terhadap tiga struktur, struktur pengetahuan iaitu kognitif, struktur sikap iaitu afektif dan struktur kemahiran yang lebih dikenali sebagai psikomotor. Ketiga-tiga struktur ini merupakan domain yang penting dalam pembentukan kurikulum


 
                                                      Rajah 1.0 : Domain kognitif  

       Seterusnya ,  Knneth M. Lansing juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan afektif. Domain afektif ini adalah berkaitan dengan struktur sikap. Ia merupakan luahan emosi, perasaan, etika dan nilai dalam diri individu yang disokong oleh diri, keluarga, masyarakat dan persekitarannya. Dan empat sikap yang seharusnya ada adalah seperti di bawah.


                       
                                              Rajah 1.2  Domain  Afektif 


        
                                                 Rajah 1.3 Domain Psikomotor 

        Knneth M. Lansing juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan Psikomotor. Domain psikomotor ini merupakan struktur pergerakan dan kemahiran yang perlu dikuasai. Beliau ada juga menyatakan bahawa seni hanya dapat ditakrifkan sekiranya kita peka dengan apa yang kita lakukan dalam kelas.
   Berdasarkan kesemua domain diatas, pelajar  bukan sahaja mempunyai tahap intelektual yang tinggi bahkan, mereka mempunyai  minat, sikap, penghargaan nilai dan tahap emosi yang diingini pelajar. Untuk itu, potensi semulajadi pelajar dapat dikembangkan dengan menekankan struktur ilmu yang dilihat melalui tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran ini perlu dilaksanakan secara berterusan berpandukan garis panduan yang ditetapkan dan huraian kesemua domain tersebut akan dijustifikasikan untuk memperlihatkan kesesuaiannya dengan Kurikulum Pendidikan Seni di negara kita.

     Pengalaman seni dalam  pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestatik yang mendalam , kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai pengalaman estetik. Aktiviti yang berbentuk pengalaman ini akan memberi peluang kepada  pelajar untuk menyelesaikan masalah.


      
 Penulis: Nur Afifah binti Abdul wahidi
 Rujukan penulisan : Dr Haji Ibrahim
                                 : Puan Jamilah Omar
                                 : Encik Hassan Ghazali

Sumber: Internet ( hal berkaitan Kurikulum Pendidikan seni )
            : Falsafah pendidikan Seni
            : teori-teori pembelajaran/pendidikan