PENGENALAN
1. Sejarah seni lukis moden di Malaysia
bermula pada tahun
1930-an.
2. Pada ketika itu, aliran dari Barat dan China
banyak mempengaruhi catan
pada ketika
itu.
3. Aktiviti menggambar atau melukis di negara
ini bermula sejak negara
mula dijajah oleh
kuasa
Barat terutama British.
4. Pada tahun 1718, Pulau Pinang dapat
ditakluki oleh British,
aliran budaya melukis
Eropah mula dibawa masuk. Pada
peringkat
awal, pelukis-pelukis ini
hanya melukis
rakaman landskap yang
terdapat di sekitar
Pulau Pinang.
5. Mata pelajaran Seni Lukis mula
diperkenalkan kepada
penduduk tempatan
dan akhirnya pengaruh
lukisan Barat
menular kepada penduduk
tempatan.
PERKEMBANGAN SENI VISUAL MALAYSIA
1. PENANG IMPRESIONIS
v ditubuhkan pada tahun 1928 oleh pelukis Eropah
yang menetap di Pulau Pinang.
v ahli nya terdiri daripada isteri
pegawai-pegawai kanan orang Inggeris. hanya 2 orang tempatan sahaja yang
menggotai kumpulan ini.
v mereka adalah Pn Lim Cheng Kung ( isteri
jutawan Cina) dan Abdullah Arif ( guru Seni Lukis yang mahir melukis cat air).
2. KELAB SENI LUKIS CINA PULAU PINANG
v kelab ini ditubuhkan pada tahun 1936.
v penubuhan kelab ini adalah untuk mengumpul
pelukis-pelukis kaum Cina dan mendedahkan teknik-teknik baru dalam seni Lukis.
v kumpulan ini pernah bekerjasama dengan kumpulan
Impresionis dalam 1 pameran.
3. KUMPULAN SENI LUKIS GURU-GURU PULAU
PINANG
v kumpulan ini merupakan kumpulan dalam kalangan
guru-guru Seni Lukis yang ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan
pelajaran Pulau Pinang.
v Kumpulan ini diketuai oleh Tay Hooi Keat
4. MAJLIS GURU-GURU PENDIDIKAN SENI Pulau
Pinang
v Ditubuhkan pada tahun 1952 sebaik sahaja Tay
Hooi Keat pulang daripada London.
v Ahlinya terdiri daripada guru-guru Pendidikan
Seni di sekitar Pulau Pinang.
v Beliau memperkenalkan konsep bentuk, warna, jalinan dan rupa dalam lukisan.
5. MAJLIS KESENIAN PULAU PINANG DAN
PROVINCE WELLESLY
v Majlis ini ditubuhkan pada tahun 1953 oleh En
I.K Cheah (seorang peguam)
v Ahlinya termasuklah guru-guru pendidikan Seni
Pulau Pinang
v Antara aktiviti kumpulan ini adalah pameran
Seni Lukis
6. PERSATUAN SENI LUKIS Pulau Pinang
v Semangat pelukis-pelukis untuk berkumpulan
telah mula apabila tamatnya peperangan.
v Persatuan ini ditubuhkan pada pada tahun 28
April 1954
v Objektif kumpulan ini adalah untuk menggalakkan
pelukis muda mempamerkan karya dan mengadakan pertandingan seni lukis untuk
kanak-kanak
KUMPULAN PELUKIS HARI RABU (THE WEDNESDAY
ART GROUP)
v Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan yang
telah melahirkan ramai pelukis-pelukis terkenal
v Penubuhan kumpulan ini ditubuhkan setelah Peter
Harris (pegawai pendidikan yang bertugas sebagai pengawas seni lukis di
Kementerian Pelajaran) merasakan perlunya pelukis-pelukis berbincang dan
berkumpul untuk mengadakan latihan melukis.
v Kedatangan beliau pada tahun 1951 telah membuka
era baru dalam perkembangan Seni Lukis di Kuala Lumpur.
v Nama kumpulan ini dikaitkan dengan perjumpaan
ahli kumpulan pada hari Rabu dan dan Sabtu.
v Peter Harris telah menubuhkan kumpulan ini pada
tahun 1952 dan seterusnya memberi galakan kepada pelukis Kuala Lumpur kerana
pada masa itu kegiatan melukis banyak tertumpu di Pulau Pinang dan Singapura
sahaja.
MAJLIS KESENIAN MALAYA ( THE ART COUNCIL
MALAYA)
v Pembentukan Majlis Kesenian Malaya pada 15
April 1952 telah menambahkan lagi keghairahan dan harapan terhadap pembangunan
seni menjelang kemerdekaan Tanah Melayu
v Pengasas Majlis Kesenian ialah Tan Sri Mubin
Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas
v Objektif penubuhannya adalah :-
a) bertanggungjawab
memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa
b) menjaga seni dan
pertukangan tangan tempatan
c) menggalakkan dan
mengembangkan pengetahuan , kefahaman dan amalan seni secara meluas di Tanah
Melayu.
7. PERSATUAN SENI LUKIS Selangor (Selangor
ART SOCIETY)
v Persatuan ini didaftarkan pada tahun 1954 di KL
v Organisasi awal ini dipelopori oleh Yong Peng
Seng (presiden) Stephen Wren ( setiasusaha)
v Persatuan ini terkubur sekitar tahun 1960
8. MAJLIS KESENIAN MELAYU
v Ditubuhkan pada 1956 untuk menyatupadukan
penggiat dan seniman di kalangan orang
Melayu dalam bidang muzik, seni lukis, drama dan lain-lain
v Pengerusinya adalah Mohd Hoessein Enas.
penaungnya majlis ini adalah Y.T.M Tungku Abdul Rahman Putera Al Haj selaku
Perdana Menteri Malaya pada ketika itu.
v Majlis ini terpaksa dibubarkan kerana ahli-ahli
lain lebih berminat menumpukan dalam bidang seni Lukis. majlis ini dibubarkan
dan diganti dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS).
9. ANGKATAN PELUKIS SEMENANJUNG / SE-MALAYSIA
(APS)
v Angakatan pelukis ini ditubuhkan pada 15 april
1958
v Pengasasnya adalah Mohamad Hoessein Enas dan
setiausahanya adalah Idris Salam.
v Objektif penubuhan nya adalah :-
a) menyatupadukan
peminat-peminat seni lukis di Malaysia
b) mengutamakan seni yang
berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan.
c) memelihara dan
memperjuangkan seni kebangsaan
d)bekerjasama dengan
pertubuhan-pertubuhan kesenian
v Pada tahun 1959, kelas melukis potret telah
diadakan di bangunan PBMS (berhampiran dengan Chow Kit Road)
v Pada tahun 1964, Mazli Mat Som dilantik untuk
menggantikan Mohamad Hoessein Enas sebagai presiden
10. THURSDAY ART GROUP (TGA)
v TGA ini ditubuhkan setelah melihat kejayaan Wednesday
Art Group yang dapat menyatupadukan pelukis-pelukis Kuala Lumpur
v Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957.
v Kumpulan ini diketuai oleh Tay Hooi Keat seoran
guru yang mendapat pendidikan seni di London
v Gaya lukisan kumpulan ini banyak dipengaruhi
oleh gaya impresionis, post impresionis, ekspresionis, abstrak eskpresionis
TOKOH
SENI HALUS
1. TAY HOOI KEAT
Tay Hooi Keat adalah seorang pelukis yang
sentiasa memperjuangkan dunia seni lukis. Dilahirkan pada tahun 1910 di Nibong
Tebal, Pulau Pinang. Beliau adalah anak Malaysia pertama yang melanjutkan
pelajaran dalam bidang Seni Visual diperingkat diploma di London pada tahun
1951. Beliau juga bergerak cergas sebagai pengiat seni visual dalam persatuan
dan bergerak aktif hingga beliau merancang membuka kelas seni lukis secara
terbuka. Antara karya beliau adalah Plantscape (1961) (Koleksi Balai Seni Visual
Negara)
2. PETER HARRIS
Peter Harris dilahirkan pada tahun 1923 di United
Kingdom. Dalam tahun 1951 beliau menjawat
jawatan sebagai nazir seni lukis Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu. Seorang yang berminat dalam seni lukis hingga beliau menubuhkan
persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Pertemuan pelukis diadakan
pada setiap hari Rabu. Contoh karya beliau adalah Rumah Rakit Kuala Lipis
(1960) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)
3. CHUA THEAN TENG
Chua Thean Teng dilahirkan di negara China
pada tahun 1944 dan seterusnya merantau di Malaysia dan menjadi warga negara
Malaysia. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Seni Lukis Amoy China. Beliau
banyak melukis catan menggunakan teknik batik. Contoh karya beliau adalah Musim
Buah (1968) ( koleksi Balai Seni Visual Negara)
4. PATRICK NG KAH ONN
Dilahirkan di Muar Johor pada tahun 1929. Beliau menerima pendidikan seni
secara formal di England dan Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menjawat
jawatan pensyarah dan pengetua di Maktab Perguruan Ilmu Khas Ceras. Kemudian menjawat
jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara. Selain daripada arca, beliau juga
terkenal sebagai pelukis yang terpengaruh aliran abstrak ekspresionis. Contoh karya
menjemur kain (1961) (Koleksi Balai Seni Visual Negara)
5. ABDUL LATIFF MOHIDIN
Dilahirkan di seremban, Negeri Sembilan
pada tahun 1941. Menerima pendidikan di Academy of Fine Art, Berlin, Pratt
Graphic, New York dan Atelier 17, Paris. Berkebolehan dalam bidang kesusasteraan
seperti bersajak. Beliau adalah pengasas Kumpulan Anak Alam. Contoh karya
beliau adalah pago-pago, (1964) Pemandangan ( 1968) (Koleksi Balai Seni Visual
Negara)
6. ABDULLAH ARIF
Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1904.
Beliau seorang seniman dan merupakan seorang guru seni di Anglo Chinese School
Penang. Diiktiraf sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia. Beliau ke
Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai kartunis untuk Starits Echo.
Pada tahun 1955, ia menjawat jawatan sebagai anggota dewan bandar dan
mendirikan Badan Ariff Iklan. Contoh karya beliau adalah Bumi Bahagia Lombong
Bijih Malaya (1960) ( Balai Seni Visual Negara)
7. MOHD HOESSEIN ENAS
Dilahirkan di Bogor Jawa Indonesia pada tahun
1924 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947. Beliau tidak pernah mengikuti
kursus secara formal di mana mana institusi seni. Beliau berbakat semula jadi
dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan
figura potret yang berlatarkan budaya tempatan. Antara karya beliau adalah Self
Potrait (1958), Gadis
Menumbuk Padi (1959) (Koleksi Balai Seni
Visual Negara)
Rujukan ANDA dimasa akan datang!